Wednesday, January 8, 2014

Dating.. Dengan Anak-anak BUAH

Dating!!! Wah Cikna nak gi dating dengan sapa tu??? Jeng jeng macam saspen jek kan.. Gimik jek tu lebih. Jenjalan dengan anak-anak saudara jerrr. Almaklumlah diorang datang bercuti sempena cuti sekolah hari tu. Tapi kat Johor ni tak tau la nak bawa berjalan ke mana kan. Request nak pergi Legoland tapi Cikna minta maaf la sesangat anak2 buah sekalian, Cikna enggak kecukupan bajetnya...ciannye kan hajat tak kesampaian. So if nak pergi sana, please make sure sebelum datang Johor anak-anak buahku sekalian, pastikan bawa tabunganyan sekali yaaa..  Tertarik pula dengan tulisan seorang member aku ni kununnye kalau bercuti tu tujuannya untuk memanjakan diri dengan melihat keindahan alam di luar sana.

Dua minggu dorang stay Jaybee Cikna cuma bawa gi jalan ke Country Garden Danga Bay (the Next Sentosa). Very impress dengan pembangunan yang dibuat. Tak sangka. My first time pergi sana. So lets capture our moment there.











Gambar banyak sangat... Kita share beberapa sahaja lah. Nanti datang Johor lagi tau.. Rindu nya dekat bebudak ni semua.

Oppps lupa plak masa ambik Cikna balik keje hari tu sempatlah bergambar kat UTM. Ok kat bawah ni adalah beberapa keping tapi masa ni Abe Kimi takde la plak.. Rugi ooo Abe Kimi.. Takpelah next time lah kita bergambar kat UTM










Tenkiu Along sebab amik gambar yang cantik kat UTM. Cikna suka sangattt.

Rindu Rindu Rindu Korang Semua....

Monday, January 6, 2014

Tahun Baru 2014. Apa Azam Aku???

Selamat Tahun Baru 2014.. Dah 2014 ye kita ni. Pejam celik pejam celik sekejap betul masa berlalu. Dah 4 tahun lebih pun berkhidmat di UTM. Mudah mudahan segala berjalan lancar hendaknya. Insya ALLAH. Semoga dipermudahkan olehNya. 


Hari Berganti, Bulan Berganti Tahun punnn Berganti. Azam pun Berganti. Apa ye azam tahun ni. Looks like  need to carry forward azam tahun lepas je la jawabnye. Azam tahun lepas nak beli RUMAH sendiri. Sampai ke akhir tahun tak tercapai gak. Sedihhh betul. 


Gila cantik rumah impianku.. Hahahaha.. Manalah dapat merasa memiliki rumah macam tu kan. Tak terjangkau dek pendapatan yang tak mencukupi. Ha Ha Ha. Kesian kan.. Angan-angan Hj Taib.. Heheheheh (nanti tak pasal-pasal kena gelak dgn Mimi, Kak Ita, Kak Lin Kak Tie) Seingat aku macam ada tapi takpe lah kita guna yang biasa la angan-angan Mat Jenin. Takpe CikNa. Orang kata berangan tu tak salah. Kalau tak berangan maknanya orang tu takde vision. Betul tak? Ya betul... Itu azam no satu bagi 2014. 

Lain-lain azam memang ada tapi kita fokus ye FOKUS pada yang satu. Jangan TAMAK CikNa. Nanti semua tak dapat. Doa-doakan lah aku berjaya. Aminnnn. Pastu ingat nak sambung belajar amik MASTER tapi kan rasanya macam tak kot untuk tahun ni Sori En Dzul.. (tak dapat menepati janjiku). You go first okay. I will go next year ye.

2013. Banyak kenangan pahit manis 2013. Konon-konon nak sentiasa update blog rupanya tidak kesampaian. Terima kasih kawan-kawan sebab menjadikan tahun 2013 saya sangat suwittt dan gembira. Mudah-mudahan Allah memberkati kalian semua. 

UTM di Hatiku la katakan...

Daa nak balik dulu. Tadaaaaaa..

Nota kaki: Fuhh nasib baik la dapat bukak blog ni. Sebab dah lama giler tak buka blog.
 

Monday, May 27, 2013

Hari Yang Tidak Memberangsangkan

Huhhh.. Pepagi da dengar cerita yang tidak seronok.. Kesian my C.C sebab pepagi dah kena dengan kesinisan dengan seorang PEGAWAI kat opis.. huhhh.. What the heck .. Eventhough staf kita buat salah pun , teguran hendaklah buat secara berhemah.. But that gonna be the unforgetable moment for Kak T la...

Itu cerita pertama, cerita yang kedua pun masih berlegar mengenai Pegawai tu jugak.. tapi malas la nak cerita biarlahhh... mungkin aku kot yang salah.. So i guest I've to improve my communication skill .. Mudah-mudahan aku diberi tahap kesabaran macam Kak C.C aku...

Kalau ada tahap kerajinan, nnt nak citer trip gi Singapore la

Wednesday, September 19, 2012

Petikan dari Kata-Kata Hikmah

Asssalamualaikum...


Semalam terbaca satu kata Hikmah yang aku rasakan sangat sangat relevan dengan kehidupan kita. Jom aku kongsikan dengan korang semua.

                                PAKAIAN paling indah didunia adalah SENYUM
                                KEBIASAAN paling merusak adalah KUATIR
                                SUKACITA terbesar adalah MEMBERI
                                KEPERIBADIAN terburuk adalah EGOIS

                               MANUSIA paling berbahaya adalah TUKANG GOSIP
                               KOMPUTER paling hebat didunia adalah PIKIRAN MANUSIA
                               SENJATA paling berbahaya adalah LIDAH
                               KEKAYAAN terbesar adalah KEBIJAKSANAAN

                               HARTA terbaik adalah KEJUJURAN
                               SENJATA terkuat adalah KESABARAN
                               DUA KATA paling penuh kekuatan adalah SAYA BISA
                               ASET terbesar adalah IMAN

                              Alat komunikasi paling hebat adalah DOA


Aku akan belajar menjadi seorang lebih baik dari hari ini dan semoga esok adalah lebih baik dari hari ini. Aminnnn

Gambar hiasan..
 

Tuesday, September 18, 2012

Selamat Hari Raya

Dah lama tak tengok blog. Entry paling last pun masa Aisya nikah.. So many thing to do sampai tak ingat dah nak update blog. Asyik baca blog orang je. Tapi sebenarnya seronok membaca nukilan blogger yang ada kat Malaysia ni. Ada yang memberi impak dari segi ketenangan,  dan ada kalanya boleh membuat kite ketawa. Daripada pengalaman orang lain juga sebenarnya akan memberikan kite satu pengajaran. 

Jadi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, walau raya pun dah habis namun masih ada yang buat Rumah Terbuka lagi kan. Macam biasalah kalau hari raya aku semestinya akan pulang ke kampung halaman di Kelantan. Thats for sure. Seronok dapat jumpa famili. Selagi ibubapa masih ada, pulanglah anak-anak. Macam lagu raya Aishh pulak kan.. Raya ni, syukur alhamdullilah dapat berkumpul lagi dengan semua sanak saudara. Cuma rasanya kegembiraan tu tidak dapat dikecapi oleh adik aku. Kesian Amar Muis sebab baba dia telah menyahut seruan Ilahi dalam bulan puasa yang lalu. Semoga roh arwah Mohd Bani bin Ibrahim ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah.. Sedih, sebak, semua da bile mengenangkan arwah. Rasanya baru nak kenal hati budi, tapi Allah lebih menyayangi arwah..

Jadi adalah beberapa capture yang boleh diabadikan disini untuk album kenangan raya aku. Dan semoga hendaknya aku dapat berjumpa lagi pada Ramadhan tahun depan dan menyambut Syaawal bersama keluarga tercinta. Aminnnn

Abang aku dan keluarga

Nina, Cikna & Kakcik . Outdoor Sesi

Aku, adik dan anak sedara

Aku dan sepupu sepapat

Aku dan keluarga

Aku dan Amar Muis

Chek dan cucu kesayangan..

Sunday, March 11, 2012

Selamat Pengantin Baru I-sya ... Cekidouttttt..

Selamat Pengantin Baru, Pn Aishah... Penolong Pegawai Tadbir yang cute ni dah selamat nikah dah... aku of course la pergi wedding kawin si Cekidouttt tu.. hahahahha. Bersama Kak Kam dan juga Kak Ita.. " Aiik nape panggil CEKIDOUTT" .. Ohh sebab minah ni tak boleh sebab huruf R. Ala macam Lisa Surihani.. Lisa kan buat iklan DIGI.. pastu last iklan dia sebut Cekidouttt.. Tu lah asal usul dia dapat gelaran Cekidoutt tu.. Tapi geng geng aku jek la yang panggil dia macam tu. Heheheh Sorriii echah...





Kan cute jek orang nye.. Anyway Tahniah ye Chah.Moga kekal hingga ke ahir hayat hendaknya.. Amin mudah-mudahan

Saturday, October 29, 2011

Majlis Konvokesyen ke 47 UTM


Sepertimana yang telah dijadualkan, Majlis Konvokesyen yang lalu telah berlangsung dengan jayanya pada 24 - 26 September 2011. Dalam entry yang lepas aku ada menulis serba ringkas mengenai Majlis Konvokesyen. Kalau nak tahu, aku sebenarnya menanggung tugas ini sementara waktu memandangkan 'owner' merangkap Urusetia Majlis Konvokesyen ni iaitu Mr Ayyub (jiran sebelah nilik kat opis) menyambung Masternya. Jadi terpaksalah aku meneruskan perjuangan Ayyub selama 1 tahun setengah ni. Amin mudah mudahan dipermudahkanlah hendaknya.

Ke'bizi'an sebelum hari Majlis Konvokesyen, Majlis Pra Raptai Konvo ke 47

"Rumah ko jauh errr" tanya Zul. "Yelah aku tau la aku tak sempat balik..komited tu.. heheheh". Aku kata.. dalam hati siot jek ko ye. Yelah aku tau aku tak mandi. hehehehe. Malam sebelum majlis Makan Malam Pra Konvokesyen dan Malam Penghargaan Petugas Konvokesyen.. tak sempat balik umahh.

Geng Opis hari Pertama Majlis Konvo 47 UTM

Apa lagi nak citer erkkk. Dah lupa lah. Hehehehe sebab dah sebulan berlalu. Oklah kiter citer lah pengalaman menjadi Urusetia Konvokesyen. Yess!! What am I feel about being as Secreteriat for a big event of University???  Of course la sesuatu yang mencabar tambahan lagi untuk perempuan lah. Tapi atas kepercayaan yang diletakkan aku menyahut la gak cabaran tu even keyakinan tu terlalu nipis tetapi atas kepentingan untuk kelangsungan majlis tu berlangsung, ku gagahi jua..... Dengan adanya dua orang kuat dari Unit Konvokesyen; Din dan Hafiz, alhamdullilah aku berjaya la melalui stage sebelum berlangsungnya majlis tersebut. Ni belum sampai majlis ni... No no no no... hehehehe..

With tukang taip skrip.. tenkiu dak Mimie

En Din 'Air Batu' Staf Konvo yang komited. Mekacey En Din

Semasa majlis berlangsung la paling kritikal, tapi alhamdullilah sebab Ayyub terbuka hati untuk sesama membantu menjadi Urusetia untuk sesi 1. Untuk sesi yang seterusnya i need to stand alone. Namun dengan adanya orang kuat Konvo beserta dengan JKK induk yang lain untuk 5 sesi yang seterusnya telah berjalan dengan lancar (sebenarnya ada gak sesi yang terkantoi dan macam-macam hal lah tapi tak ketara sangat lah.. itu anggapan aku lah. Orang lain aku tak tahu)

Last session for the day of 47th Convocation.



En Azri yang suka bergambar.. Tokey JKK Pentas yang berjaya

Bersama JKK Pentas dan JKK Pakaian yang banyak bantu 

Bersama Cik Fara Geng Uda dan En Din

Fuhhh !! Seronok giler bile da settle. Kelegaan yang amat.. Kan kawan kawan.. dan sampai jumpa lagi next konvo