Saturday, October 29, 2011

Majlis Konvokesyen ke 47 UTM


Sepertimana yang telah dijadualkan, Majlis Konvokesyen yang lalu telah berlangsung dengan jayanya pada 24 - 26 September 2011. Dalam entry yang lepas aku ada menulis serba ringkas mengenai Majlis Konvokesyen. Kalau nak tahu, aku sebenarnya menanggung tugas ini sementara waktu memandangkan 'owner' merangkap Urusetia Majlis Konvokesyen ni iaitu Mr Ayyub (jiran sebelah nilik kat opis) menyambung Masternya. Jadi terpaksalah aku meneruskan perjuangan Ayyub selama 1 tahun setengah ni. Amin mudah mudahan dipermudahkanlah hendaknya.

Ke'bizi'an sebelum hari Majlis Konvokesyen, Majlis Pra Raptai Konvo ke 47

"Rumah ko jauh errr" tanya Zul. "Yelah aku tau la aku tak sempat balik..komited tu.. heheheh". Aku kata.. dalam hati siot jek ko ye. Yelah aku tau aku tak mandi. hehehehe. Malam sebelum majlis Makan Malam Pra Konvokesyen dan Malam Penghargaan Petugas Konvokesyen.. tak sempat balik umahh.

Geng Opis hari Pertama Majlis Konvo 47 UTM

Apa lagi nak citer erkkk. Dah lupa lah. Hehehehe sebab dah sebulan berlalu. Oklah kiter citer lah pengalaman menjadi Urusetia Konvokesyen. Yess!! What am I feel about being as Secreteriat for a big event of University???  Of course la sesuatu yang mencabar tambahan lagi untuk perempuan lah. Tapi atas kepercayaan yang diletakkan aku menyahut la gak cabaran tu even keyakinan tu terlalu nipis tetapi atas kepentingan untuk kelangsungan majlis tu berlangsung, ku gagahi jua..... Dengan adanya dua orang kuat dari Unit Konvokesyen; Din dan Hafiz, alhamdullilah aku berjaya la melalui stage sebelum berlangsungnya majlis tersebut. Ni belum sampai majlis ni... No no no no... hehehehe..

With tukang taip skrip.. tenkiu dak Mimie

En Din 'Air Batu' Staf Konvo yang komited. Mekacey En Din

Semasa majlis berlangsung la paling kritikal, tapi alhamdullilah sebab Ayyub terbuka hati untuk sesama membantu menjadi Urusetia untuk sesi 1. Untuk sesi yang seterusnya i need to stand alone. Namun dengan adanya orang kuat Konvo beserta dengan JKK induk yang lain untuk 5 sesi yang seterusnya telah berjalan dengan lancar (sebenarnya ada gak sesi yang terkantoi dan macam-macam hal lah tapi tak ketara sangat lah.. itu anggapan aku lah. Orang lain aku tak tahu)

Last session for the day of 47th Convocation.



En Azri yang suka bergambar.. Tokey JKK Pentas yang berjaya

Bersama JKK Pentas dan JKK Pakaian yang banyak bantu 

Bersama Cik Fara Geng Uda dan En Din

Fuhhh !! Seronok giler bile da settle. Kelegaan yang amat.. Kan kawan kawan.. dan sampai jumpa lagi next konvo

Wednesday, October 26, 2011

Kawan, Teman, Sahabat sehingga kini dan selamanya..

Kawan, Teman ,Sahabat.. Mengikut  maksud semuanya sama je. Cuma sejati atau pun tak itu sahaja yang membezakan. Macam aku kat sekolah dulu aku ada kawan kira kawan baik sebab sampai sekarang kitaorang masih lagi berhubung dan berjumpa. Kalau nak tau kawan baik aku masa sekolah namanya SHARIFAH HAZRIN. Kami masih lagi berkawan sampai sekarang.

Inilah dia kawan baik saya masa sekolah, Hazrin namanye..

Masa kat UiTM dulu pun ada ramai kawan tapi yang betul2 baik tu adalah beberapa orang. Salah sorang tu namanye Yati atau orang biasa panggil Yoyodt. Kelakar kan... Ni pun aku baru lepas lepak dengan dia. Tapi nak berlepak-lepakan selalu macam ni, memang tidak la. Nama jek tinggal satu kawasan tapi nak berjumpa tu mak aii susahnye. Yelah dia pun dah berkeluarga, jadi faham faham sendiri la kan.

Berjumpa tadi pun sebab nak menghantar sumbangan daripada kawan2 untuk salah seorang ex UiTM yang meninggal baru baru ni. Sudahnye melekat kat rumah dia dok menyembang pasal zaman-zaman dulu. Hahahahaha kelakarnye bile mengimbau kenangan zaman belajar dulu. Dok bersembang-sembang tu bolehlah pulak si Yati ni keluarkan balik NOTA TERAKHIR yang aku bagi kat dia masa dah nak habis belajar dulu. Ko kan tie memang memalukan aku tul la.

Yati: " Na cuba ko baca balik NOTA TERAKHIR yang ko bagi kat aku masa kita dah nak grad dulu"
CikNa: "Hahahahahahahha.. siot la ko tie, mana la aku tau lepas tu kite jumpa lagi lepas tu. Malu jek kan dah tulis sedih2 gitu....." 

Nilah dia my besfren Yati dan aku

Yati sekarang la ni.. with her famili

Dan aku.. masih solo lagi la .. buat masa sekarang hehhehe.. dan bertambah 'sihattt' ..

Yelah kalau dah nak berpisah biasalah kan mestilah bagi nota kenangan sebab masing-masing akan membawa haluan sendiri. Betul tak??. Tak sangka la plak sudahnya kitaorang sambung Degree kat tempat yang sama (UiTM Lendu), course yang sama,  dok uma yang sama, bilik yang sama, dan masih lagi dok sebelah menyebelah macam kat Segamat dulu kan.

Dan sampai sekarang kiteorang masih berjumpa, tinggal pun dalam kejiranan yang sama. Bila mengimbau kenangan zaman2 belajar tu yang buat nak jumpa dengan kawan2. Insya Allah ada rezeki kite semua akan berkumpul. Aminn mudah mudahan. Mengimbau kembali zaman2 belajar sehingga lah zaman belajar sekarang melalui shot di bawah. Banyak giler perubahan kan kan kan... heheheheh....

Kenangan masa kat UiTM Segamat

Kenangan kat UiTM Melaka

Dan Kami masih bersahabat sehingga sekarang.... nilah geng2 kami.. windu dah lama tak kumpul dan lepak sama-sama macam ni kan geng (^_^)



Tuesday, October 25, 2011

Meeting BPA...

Meeting ooo meeting.. Heheheheh.. Kadang-kadang seronok masuk meeting ni. Macam meeting BPa walau pun amik masa sampa 2 jam kdg2 3 jam.. Seronok gak. nanti macam2 dibahaskan dalam meeting tu. Naik pening gak nak melayan kerenah sume orng .

Tetapi,.. cuba dapat bak2 yang kelakor tu memang bantai gelak r.. Tapi sembunyi2 gelak la. Tau2 jek la, dok dalam meeting mana ley gelak kuat2 nnt bos bising cakap kite tak serius plak. Mcm2 boleh kita tgk dalam meeting ni. Perangai geng2 meeting opis aku ni mcm2. Ada pembangkang, ada penyokong... Yang membangkang pun mestilah membangkang ke arah kebaikan. Takdelah sampai membangkang tak tentu hala. Kang SKT tak naik plak... Ok la.. memandangkan jam pun dah kul 6.00 lebih ni, aku nak balik dulu.. see you next time. And hopefully tak bersawang lagi la blog ni. And lastly nak selitkan gak gambar .. baru besttt

Gambar ni takde kena mengena pun dgn entry kat atas tapi i like this picture sebab.. kitaorang antara yang ikut tema smart and casual tapi yang kelakor nye mcm terasing sgt sebab org lain terlalu la formal giler. Geng2 UDA gak yang ikut tema.. Kan kan kan FARA, NURIL ???

Monday, October 24, 2011

Blog ooo Blog. bersawang sudaaa

Kesian nye kat blog aku yang dah lama tak dijengah.. nak dikatakan sibuk tak sibuk melampau tapi boleh tahan la sibuk dan mungkin gak kekeringan idea nak membuat 'karangan' huhuuhu. Ermm its ok then kite ada sikit masa ni dan tengah rajin ni. boleh la update sikit. Jadi aku nak ucap TAHNIAH la kat beberapa orang ni.


SATU ~~ KAKCIK
Cikna nak ucap tahniah buat anak sedara Cikna yang tersayang ni sebab berjaya dapat 9A's straight dalam trial SPM yang lepas.. Congrate Mekcik.. 




DUA ~~ MY OFISMATE
Juga buat Ofismate aku iaitu Cik Nuril Aini Ahmad Tohid (my roomate) dan juga Mat Gonjeng lagi Sengal hehe sapa lagi Nizam the Gonjeng n Sengal.. hahahaa.. Congrate for both of you. Aku doakan yang terbaik buat korang k.

Nuril dan pasangan

Nizam Gonjeng dan Pasangan dia

TIGA ~~ DIRI SENDIRI  (^_^) boleh gitu
Dan tak lupa gak TAHNIAH buat diri sendiri atas kejayaan konvokesyen UTM ke 47 yang lepas dengan kerjasama JKK Induk yang lain yang telah banyak memberi bantuan dan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut. Insya Allah kite jumpa lagi untuk Konvo ke 48 UTM. Aminn


 Dengan geng-geng Konvo yang lain.


Thursday, July 14, 2011

Mengupas Yang Tersirat dalam Lagu " Suci Dalam Debu"

Dalam dok membaca blog dari blogger ni, aku terbaca satu entry yang menarik. Mengupas yang tersirat disebalik yang tersurat di dalam Lagu Suci Dalam Debu. 


Jom kita baca dan selusuri maksud yang cuba disampaikan dalam lagu tu. Begitu mendalam sekali. Lagu ni dinyanyikan oleh Kumpulan Iklim


"SUCI DALAM DEBU"


Engkau bagai air yang jernih (Islam adalah suci dan jernih)
Di dalam bekas yang berdebu (didalam kehidupan dunia yang penuh muslihat)
Zahirnya kotoran itu terlihat (yang batil tetap kelihatan jelas dan menjadi kebiasaan)
Kesucian terlindung jua (yang benar dipandang asing dan terpinggir)

Cinta bukan hanya di mata (Pandngan mata itu tidak penting)
Cinta hadir di dalam jiwa (yang penting itu iman di dada)
Biarlah salah di mata mereka (biarkan siapa yang tidak memahami untuk mengata)
Biar perbezaan terlihat antara kita (yang benar itu perlu ditegakkan)

Kuharapkan kau kan terima (Aku harap kau juga bersetuju dengan Islam)
Walau dipandang hina (walau orang memandang kita sebelah mata)
Namun hakikat cinta kita (yang penting cinta kita terhadap Allah)
Kita yang rasa (kita lebih mengetahuinya)

Suatu hari nanti (hari Pembalasan nanti)
Pastikan bercahaya (yang benar akan terserlah)
Pintu akan terbuka (pintu-pintu Syurga dan nikmat akan terbuka)
Kita langkah bersama (insyaAllah kita yakni orang-orang yang digelar asing akan memasukinya)

Di situ kita lihat (didalam Syurga kita akan melihat janji-janji Allah itu)
Bersinarlah hakikat (terbukti benarlah segala janji-janji Allah didalam kitabNya)
Debu jadi permata (Muslim yang dipandang hina didunia akan menjadi orang yang paling beruntung)
Hina jadi mulia (segala ujian didunia akan terbalas dengan nikmat yang tak terjangka di Syurga)

Bukan khayalan yang aku berikan (Janji-janji Allah dan Rasulnya itu bukan omong-omong kosong)
Tapi keyakinan yang nyata (ia adalah untuk orang-orang yang beriman akan hari Akhirat)
Kerana cinta lautan berapi (Iman itu memberi kekuatan yang luarbiasa kepada orang beriman)
Pasti akan kurenang jua (semua halangan dan ujian untuk menegakkan kalimah Syahadah akan ditempuhi)
 

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=531241.html



Wednesday, July 13, 2011

Satu: Bengkel Fail Meja dan MPK BPA di Pelangi Balau Resort


Bengkel Fail Meja dan MPK Bahagian Pengurusan Akademik



Yahoooo tercapai suda KPI tahun ni. Coz at my opis, everyone have their own KPI. So, KPI aku adalah melaksanakan Bengkel ni. Pada 17-19 Jun 2011 yang lalu, kitaorang telah berbengkel di Pelangi Balau Resort yang letaknya di Kota Tinggi dan tak jauh dari Desaru.. Tadaaaa.. ni lah tempatnya..


Papan tanda menuju ke Pelangi Balau Resort


Sepatutnya bengkel tu disertai oleh sume staf di opis aku tapi disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, hanya 29 orang daripada 38 orang staf aku yang dapat menyertai bengkel tu. Biasalah memasing ada alasan tersendiri. Jadi terima jek alasan dorang tu sume. 


Unit Unit Pentadbiran ditugaskan sebagai Urusetia, jadi kami kenalah datang awal sikit untuk buat persiapan bengkel. Aku kena ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua staf Unit Pentadbiran di atas komitmen memasing terutamanya Kak Lin sebab banyak membantu menjayakan bengkel ni.


Bengkel ni dibuat sbb apa tau.. hehehheeh.. sbb MPK opis kitaorang hilang. Huhuuhuh.. Ntah mana lak diletak pun aku tak tau. Tapi dengan adanya bengkel yang sebegini selain dari objektif utama sebenarnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf. Nanti korang tengok ye gambar2 yang aku upload tu. Susah nak dapat that kind of moment... itu la orang kata saat terindah..


Ketibaan Peserta dan Sesi Pendaftaran





Sesi Bergambar

Jom Kite Minum .. Petang

Semasa Bengkel diadakan

Wajah-wajah BPA

Sesi Riadah Bersama - "aku pun nak main gelungsur ni"

Jom Kite Ronda...

Nilah dia Kumpulan "BPA's Jambatan Girl" shantek kan kitaorang ni. hehehe


Bersiar-siar Time

Cantekkk.. panorama nye.. Cikna pun Cantekk gak .. hahahahaha

Aksi-aksi bebas.. sori Wid sekiranya terbeban dgn gaya ni.. memang empuk


BPA's geng memang best...

Inilah jadinye sebab sgambar banyak sgt. Jadilah ianya versi edited. Gambar edited by Nuriel dan juga aku. Hehehee tenkiu ye Cik Nuril for the editing dan yang paling penting merangkap kitaorng nye photographer.. Betul tak aku kata suasana macam ini hanya datang sekali sekala sahaja. kan.kan kan. Hanya terungkap melalui gambar-gambar ni .

Weekend Yang Takde Ertinye..

Hari minggu biasanye orang akan berehat, santai-santai, dan dapat bangun lambat. Kan! Kan! Kan. Korang nak tau aku ni, dah 4 minggu kerja berturut-turut. Uik OMG!!! Syabas ye Cikna. You are Superwoman. (^_^) (^_^). Aku listingkan untuk korang ye.


Satu:    17 hingga 19 Jun 2011 Bengkel Fail Meja dan MPK kat Kota Tinggi
Dua:     24 hingga 26 Jun 2011 Kursus Motivasi kat Lenggeng
Tiga:    02 hingga 03 Julai 2011 Kejohanan Golf IPTA Palm Resort dan IOI Kulai
Empat: 10 Julai 2011 Pentaulihan SUKSIS IPTA 


Tulah dia. Penat tu memang penat, tapi setiap aktiviti tu pasti akan meninggalkan momen yang terindah. Pastu minggu ni lak da planning nak pergi piknik kat Bekok. Ok yang ni aku suka, tak kesah la kena sacrify hujung minggu pun. 


Nanti aku update sesatu ye tapi untuk next entry la... babaiii mata dah letih ni.. macam nak take five japp.. Bubye koranggg

Tuesday, July 12, 2011

Tribute to - Pn Mazita, Pn. Zuraidah, En Zainuddin & En Minhat

Hari ini 13 Julai 2011 jam 10.00 pagi, Pn. Mazita akan menjalani pembedahan untuk membuang cist. Sama-sama la kita doakan Pn Mazita selamat menjalani pembedahan. Harapnya Kak ita tabah untuk menghadapinya. " Kak Ita be brave ye". Kami semua doakan keselamatan Kak Ita. We Luv U



Dengar-dengar cerita gak, kemungkinan besar Din pun akan menjalani pembedahan disebabkan resdung. Adoiii menakutkan tu.. Sebab aku pun ada resdung gak ni. Hari ni pun dia cuti sakit. "Din, kami semua doakan ko cepat sembuh k.


Dan beberapa minggu yang lepas, 2 orang staf aku telah kehilangan orang yang tersayang. Minhat dan Zuraidah telah kehilangan ibu yang tersayang. Ibu Minhat telah kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2011. Manakala ibu Zuraidah pula pada 4 Julai 2011. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh kedua-duanya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnnnnn..

Minhat..

Zuraidah (paling kanan)



Captures of Moment - Sekitar Majlis Perkahwinan Adik

Macam adah agak lambat kan untuk update gambar-gambar majlis tu. Pengantin pun bukan pengantin baru lagi. (^_^) Pengantin da basi da.. Tapi takpe la. Jom kite tengok gambar- gambar nye. (Terlalu banyak sangat gambar cuma pilih beberapa keping jelah). Dan yang ter"tidak" disangka adalah pertemuan dengan keluarga abang angkat aku dulu. Dulu2 kan ada program anak angkat dari universiti tempatan. Tapi aku da tak ingat la abang angkat aku tu dari mana.


Dia pun dah ada 6 orang anak. Memang tak sangka betul la dapat jumpa balik. Pertemuan semula la ni. Heheheh JEJAK KASIH..


Yang baju kuning tu lah anak angkat keluarga kami. Aku pun sibuk menempel sekali.

Miss Photographer. Tenkiu my anak2 sedara 

 Kat masjid untuk majlis akad nikah

 Pengantin dan pengapitnya





Pengantin lama pun nak bergambar atas pelamin gak. Ni abang n kak ipar aku. Orang kuat majlis 


 Bersama kakak, kakak2 ipar dan anak buah

Outdoor session - kat tepi umah jek..hehehe

Majlis bertandang ke rumah lelaki - majlis yang simple sangat.. tapi makan memang beshhh


Majlis meraikan pengantin kat umah abang aku kat KB. Barbekue. Dan yang paling penting KEK nye disponsor oleh CikNa ye.

Seronok kan sekali sekala jumpa..