Wednesday, January 8, 2014

Dating.. Dengan Anak-anak BUAH

Dating!!! Wah Cikna nak gi dating dengan sapa tu??? Jeng jeng macam saspen jek kan.. Gimik jek tu lebih. Jenjalan dengan anak-anak saudara jerrr. Almaklumlah diorang datang bercuti sempena cuti sekolah hari tu. Tapi kat Johor ni tak tau la nak bawa berjalan ke mana kan. Request nak pergi Legoland tapi Cikna minta maaf la sesangat anak2 buah sekalian, Cikna enggak kecukupan bajetnya...ciannye kan hajat tak kesampaian. So if nak pergi sana, please make sure sebelum datang Johor anak-anak buahku sekalian, pastikan bawa tabunganyan sekali yaaa..  Tertarik pula dengan tulisan seorang member aku ni kununnye kalau bercuti tu tujuannya untuk memanjakan diri dengan melihat keindahan alam di luar sana.

Dua minggu dorang stay Jaybee Cikna cuma bawa gi jalan ke Country Garden Danga Bay (the Next Sentosa). Very impress dengan pembangunan yang dibuat. Tak sangka. My first time pergi sana. So lets capture our moment there.











Gambar banyak sangat... Kita share beberapa sahaja lah. Nanti datang Johor lagi tau.. Rindu nya dekat bebudak ni semua.

Oppps lupa plak masa ambik Cikna balik keje hari tu sempatlah bergambar kat UTM. Ok kat bawah ni adalah beberapa keping tapi masa ni Abe Kimi takde la plak.. Rugi ooo Abe Kimi.. Takpelah next time lah kita bergambar kat UTM










Tenkiu Along sebab amik gambar yang cantik kat UTM. Cikna suka sangattt.

Rindu Rindu Rindu Korang Semua....

Monday, January 6, 2014

Tahun Baru 2014. Apa Azam Aku???

Selamat Tahun Baru 2014.. Dah 2014 ye kita ni. Pejam celik pejam celik sekejap betul masa berlalu. Dah 4 tahun lebih pun berkhidmat di UTM. Mudah mudahan segala berjalan lancar hendaknya. Insya ALLAH. Semoga dipermudahkan olehNya. 


Hari Berganti, Bulan Berganti Tahun punnn Berganti. Azam pun Berganti. Apa ye azam tahun ni. Looks like  need to carry forward azam tahun lepas je la jawabnye. Azam tahun lepas nak beli RUMAH sendiri. Sampai ke akhir tahun tak tercapai gak. Sedihhh betul. 


Gila cantik rumah impianku.. Hahahaha.. Manalah dapat merasa memiliki rumah macam tu kan. Tak terjangkau dek pendapatan yang tak mencukupi. Ha Ha Ha. Kesian kan.. Angan-angan Hj Taib.. Heheheheh (nanti tak pasal-pasal kena gelak dgn Mimi, Kak Ita, Kak Lin Kak Tie) Seingat aku macam ada tapi takpe lah kita guna yang biasa la angan-angan Mat Jenin. Takpe CikNa. Orang kata berangan tu tak salah. Kalau tak berangan maknanya orang tu takde vision. Betul tak? Ya betul... Itu azam no satu bagi 2014. 

Lain-lain azam memang ada tapi kita fokus ye FOKUS pada yang satu. Jangan TAMAK CikNa. Nanti semua tak dapat. Doa-doakan lah aku berjaya. Aminnnn. Pastu ingat nak sambung belajar amik MASTER tapi kan rasanya macam tak kot untuk tahun ni Sori En Dzul.. (tak dapat menepati janjiku). You go first okay. I will go next year ye.

2013. Banyak kenangan pahit manis 2013. Konon-konon nak sentiasa update blog rupanya tidak kesampaian. Terima kasih kawan-kawan sebab menjadikan tahun 2013 saya sangat suwittt dan gembira. Mudah-mudahan Allah memberkati kalian semua. 

UTM di Hatiku la katakan...

Daa nak balik dulu. Tadaaaaaa..

Nota kaki: Fuhh nasib baik la dapat bukak blog ni. Sebab dah lama giler tak buka blog.