Thursday, April 28, 2011

Paksa Rela = Majlis Konvokesyen ke 46


Ketidakikhlasan terserlah dari tajuk tu kan. Menjadi Urusetia Konvokesyen sebenarnya tidak ada dalam diari aku, tapi macam tag kat atas la kan PAKSA RELA. Kena la jugak buat demi menjalankan tugas. Nak kata tak seronok, kena jugak cakap seronok (heheh..nanti En Ayyub marah nanti kalau aku kata tak seronok). Pengalaman baru coz aku kenal dengan ramai orang. Sebenarnya menjadi Urusetia Konvokesyen adalah tanggungjawabnya yang besar kerana terpaksa mengelola sebuah Majlis Universiti yang mempunyai prestijnya yang tersendiri. But alhamdullilah we did it. Tapi dengan bantuan ramai kawan-kawan di BPA dan semua JKK yang terlibat.

Sepatah dua kata buat Ayyub, Nuril, Mimi,semua staf BPA dan JKK yang terlibat (kalau you guys baca ni) aku sebetul dan seikhlasnya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua bantuan kalian. You guys are rock!!!!!.. Thanks alot sebab memberi tunjuk ajar dan bantuan, kalau tak. Tak tau la nak ckp macam mana. (Hehehehehhehe).

Dan semestinya aktiviti wajib kitaorang. Capture the moment. Aku post kan beberapa gambar semasa majlis Konvokesyen berlangsung untuk tanda ingatan buat semua.









Wednesday, April 27, 2011

Farewell Haidah Ramli.m4v

Total Quality Organization (TQO)

Total Quality Organization (TQO)
Tarikh: 25 - 27 April 2011
Masa: 8.00pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar FGHT

Aku baru baru sahaja habis berkursus TQO - Strategic Planning. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Prof Emeritus Syed Famy ~~ thank you to you sebab tak marah-marah untuk kursus ni. Kalau nak tau, kitaorang semua ketakutan bila attend kursus TQO anjuran HCD ni. Sebenarnya TQO ni ada banyak modul, dan aku dah attend 3 siri modul ye. Fuhhhhh.. banyak lagi tu nak habis.

Banyak yang aku dapat dari Kursus TQO-Strategic Planning ni. Boleh digunakan untuk review semula proses kerja yang ada sekarang samada ianya memberi tambah nilai kepada pelanggan atau melambatkan proses kerja sesuatu procedure tu. Thanks to you Prof Syed Famy. Lepas ni tunggu jelah surat panggilan utnuk modul TQO siri yang lain plak. 

Nota: Dan kursus ini juga menyebabkan pertambahan berat badan sebab kami diberi makan sebanyak 3 kali sehari.