Monday, March 14, 2011

Johor Horse Show 2011

"Hazlina ke?? Ok Ni Azri. Awak dilantik sebagai PENYAMBUT TAMU Johor Horse Show 2011. Surat lantikan awak akan dikeluarkan. Ok, saiz baju awak apa?" Itu la dialog En Azri yang menyebabkan aku menjadi salah seorang Penyambut Tamu Johor Horse Show 2011. 


Serba sedikit berkenaan Johor Horse Show 2011 ye. Tarikh nye bermula 10 - 13 Mac 2011. Dan Perasmian nya adalah pada 12 Mac 2011 oleh Tunku Abdul Rahman (Adik kepada TMJ). Boleh Tahan gak handsome nye. Heheheheh


Berbalik kepada tugas.. Aku da tak boleh nak kata tidak .. laju aje dia cakap, tak boleh intefrem langsung.. Nak tak nak terima ajelah. Nasib baik bertugas hari bertugas Sabtu sahaja. 


Sebelum bertugas tu Nuril dan Mimi muncul. Jadi ada la beberapa keping gambar di lokasi..


pameran arnab.. arnab paling mahal rm250/sekor
mimi dan nuril.. ofismate
Geng Penyambut Tamu.. OwdDah, Farahana, CikNa..
peserta yang akan bertanding..



Saturday, March 12, 2011

Abe Kimi.. Hepi Besday ke 12 tahun

Sepatutnye post ni dibuat pada hari Khamis10 Mac 2011. Hari tu merupakan hari lahir anak buah aku.. Mohamad Hakimi Akmal @ Kimi Kmal. Umur dia 12 tahun. Dulu aku stay dengan famili abang aku. Jadi memang very close  dengan anak2 sedara aku. Kalau nak tau Abe Kimi ni dulu chubby la sangat. Kalau tak caya tengok gambar2 dia kat bawa ni


Tapi sebelum tu CikNa nak wish abe kimi:-
~heppy besday to you~
~ sihat selalu ~
~ tahun ni score 5A  tau.~
~ Cikna sayang Abe kimi ~


ZaMaN DuLu2
Bersama si Kembar. Ayie & Nina
Ketika darjah 4 rasanya

SEKARANG

Kontrol Hensem. Perasan dia macam Haziq AF tu.. hahahah
Mcm Uztaz Hakimi

Friday, March 11, 2011

Kesibukan Di Opis - Bengkel, Lawatan dll

Rasanya da lama sangat tak update blog. Semenjak dua menjak ni banyak kerja sesangat. Ambik la jugak masa untuk update blog ni. Kata nak jadi bloggers yang berjaya. Hehehehhe.. Ok, takpe kite citer satu2.

Program 1- Bengkel KAI di Awana Genting ~~ besh sesangat
Bengkel ni diadakan pada 10 - 12 Februari 2011. Kitaorang ke sana dengan bas UTM. Bengkel ni dibuat khusus untuk menyediakan KAI opis dan Pejabat Pendaftar. Pengalaman yang menyeronokkan.


tempat yang menarik..alalala beijing tu..

Makanan yang sedap

1st time naik kabel.. pergg gayat tuuu

pemandangan dari atas, pemandangan dari dalam kereta kabel yang bergerak..huhuuu

Bengkel yang berjaya

.... bos dan rakan sekerja yang happening.. tq guys

LAWATAN 5S KE PEJABAT TANAH KULAI JAYA (special gratitude buat kak ratna aisah sajaya)

Why special gratitude to kak Ratna.. sebab dia la yang banyak handle untuk program tu. Ok berbalik semuala kite kepada lawatan 5S. Aku memang ditugaskan untuk mengendalikan lawatan ke pejabat yang memperolehi sijil 5S daripda MPC. Jadi sementelah aku ada kawan kat situ, jadi tu yang ambil peluang untuk buat lawatan ke sana. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.


Semua wakil bahagian telah menghantar calon untuk menyertai lawatan ni. Yang paling tak bestnye, wakil BPA amat la sikit jumlahnye @ CIPUT


Aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih buat En Azri Hohad yang jadi Ketua Delegasi.. dan tak lupa juga buat kawan aku merangkap ex Classmate aku kat UiTM Melaka; En Patsen or Fahmi Salam krn banyak membantu ye,...

Ni ada beberapa capture untuk tatapan bersama

mana bas ni tak sampai2 ni????

delegasi utm disambut meriah.. hehehe

taklimat oleh ydp pejabat tanah.. pengurusan yang sangat komited

kusyuk mendengar taklimat

sesi bergambar sblm balik utm.. misi berjaya.. puas....