Thursday, May 26, 2011

Keracunan Makanan




Padan muka ko Cikna, disebabkan keracunan makanan pada 26 Mei 2011 aku terpaksa ambil MC. Adoi macam tu rasanya kena keracunan makan. Pening, mual, muntah, ciri birit.. nak pitam sume ada. Satu hari suntuk tido jek tak boleh bangun sebab pening. Memang sadis betul la. Nasib baik pekena ActiFast sebijik baru ok. Ni pun still lagi ada kesan2 sakit perot. Hari ni da 3 kali pergi toilet. Inilah sebab balun jek makan. Dah la malam ni nak balik kampung. Alamaknye sampai lambat la..


Jadi kesimpulannye, makan tu kena beringat ingat sikit ye. Pilih lah tempat bersih (tapi aku rasa ok jek tempat tu, cuma mungkin da nak terkena hari tu kan). Apa apa pun ini satu peringatan buat aku. Jadi lain kali ingat2 la Cikna ye.


Ok ni nak share sikit info berkenaan dgn keracunan makanan untuk peringatan kite semua.



Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut.
Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.


Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
  • Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
  • Roti dan kuih-muih
  • Makanan laut seperti kerang
  • Daging- lembu, ayam, ikan
  • Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.
Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;

  • Makanan mentah
  • Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
  • Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama
  • Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
  • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
  • Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
  • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
  • Makanan tidak disimpan segera
Cara terbaik mengelak keracunan

  • JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.
  • Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
  • Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.


  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
  • Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
  • Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
  • Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
  • Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
  • Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
  • Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
  • Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
  • Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
  • Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
  • Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
  • Panaskan semula makanan dengan teliti.

Sunday, May 8, 2011

Kilauan Emas @ Astro 105

Kilauan Emas, satu program baru yang akan disiarkan di Astro 105. Aku g la men'follow' my abang angkat untuk sesi Ujibakat yang dibuat di Skudai Parade pada 07 - 08 Mei 2011. As i mentioned, namanye kilauan EMAS, maknanye yang menyertai nye pun mestilah warga EMAS yang berusia 45 tahun ke atas. Perghhh ramai giler orang Johor ni nak jadi penyanyi. Sesi ujibakat tu dihadiri 105 orang dan antara 105 tu hanya 10 sahaja yang layak dipilih untuk Konsert Kilauan Emas Zon Selatan. Dan seterusnya 2 orang akan diplih mewakili Zon Selatan. Juri bagi Zon Selatan adalah Penyanyi Suhaimi Meor Hassan dan Nora dan dihost kan oleh Raja Azura

En. Rahman (my abang angkat) terpilih dalam 10 orang tu tapi nasib tak menyebelahi beliau. Beliau telah kandas di peringkat akhir Zon Selatan. Cuba lagi tahun depan ye En Rahman. Tapi sayang la plak takdapat nak upload video semasa dia buat persembahan.. (boley tonton di Saluran Astro 105 ye kalau ada kuar yang konsert akhir  Zon Selatan)





Thursday, May 5, 2011

Gotong Royong 5S Bil 01/2011

5S oooo 5S.. fening sudaaa memikirkan audit 5S yang akan diadakan bulan Mei 2011 ni. 2 beb !!! 2 audit sekaligus dalam masa sebulan. Kelam kelibut kami nak mempersiapkan opis BPA untuk diaudit. Kunun2 nye la kan aku kan Pengerusi 5S Bahagian Pengurusan Akademik (tapi memang ye pong aku ni Pengerusi 5S BPA..heheheh susah tul nak menerima hakikat) kena la menunjukkan bahawasanya bilik Pengerusi 5S berjaya untuk men5Skan biliknye sendiri (chaiyookk CikNa. You can do it !!!!) Tapi..hahahahhhahaha.. ntah la ye.. susah nak kata.. hehehe. 


Tapi dengan bangganye aku ingin mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan komitmen yang padu untuk 5S BPA. Terima kasih kalian. Tanpa kalian semua, 5S BPA takkan ada. Muah..muahh. muahh untuk semua. Takde gambar tak sah kan.. jeng jeng jeng... nilah dia gambar semasa gotong royong diadakan pada 21 April 2011 yang lalu.









Ini cuma beberapa keping sahaja gambar untuk menjadi tatapan semua. Banyak gambar yang disnap kan tapi tak larat nak masuk semua. Banyak giler tu. Setakat ini sahaja berita Gotong royong BPA. Kite jumpa lagi.. selepas ni untuk cerita BALIK KAMPUNG.. hehehehe syiokkkk