Wednesday, October 26, 2011

Kawan, Teman, Sahabat sehingga kini dan selamanya..

Kawan, Teman ,Sahabat.. Mengikut  maksud semuanya sama je. Cuma sejati atau pun tak itu sahaja yang membezakan. Macam aku kat sekolah dulu aku ada kawan kira kawan baik sebab sampai sekarang kitaorang masih lagi berhubung dan berjumpa. Kalau nak tau kawan baik aku masa sekolah namanya SHARIFAH HAZRIN. Kami masih lagi berkawan sampai sekarang.

Inilah dia kawan baik saya masa sekolah, Hazrin namanye..

Masa kat UiTM dulu pun ada ramai kawan tapi yang betul2 baik tu adalah beberapa orang. Salah sorang tu namanye Yati atau orang biasa panggil Yoyodt. Kelakar kan... Ni pun aku baru lepas lepak dengan dia. Tapi nak berlepak-lepakan selalu macam ni, memang tidak la. Nama jek tinggal satu kawasan tapi nak berjumpa tu mak aii susahnye. Yelah dia pun dah berkeluarga, jadi faham faham sendiri la kan.

Berjumpa tadi pun sebab nak menghantar sumbangan daripada kawan2 untuk salah seorang ex UiTM yang meninggal baru baru ni. Sudahnye melekat kat rumah dia dok menyembang pasal zaman-zaman dulu. Hahahahaha kelakarnye bile mengimbau kenangan zaman belajar dulu. Dok bersembang-sembang tu bolehlah pulak si Yati ni keluarkan balik NOTA TERAKHIR yang aku bagi kat dia masa dah nak habis belajar dulu. Ko kan tie memang memalukan aku tul la.

Yati: " Na cuba ko baca balik NOTA TERAKHIR yang ko bagi kat aku masa kita dah nak grad dulu"
CikNa: "Hahahahahahahha.. siot la ko tie, mana la aku tau lepas tu kite jumpa lagi lepas tu. Malu jek kan dah tulis sedih2 gitu....." 

Nilah dia my besfren Yati dan aku

Yati sekarang la ni.. with her famili

Dan aku.. masih solo lagi la .. buat masa sekarang hehhehe.. dan bertambah 'sihattt' ..

Yelah kalau dah nak berpisah biasalah kan mestilah bagi nota kenangan sebab masing-masing akan membawa haluan sendiri. Betul tak??. Tak sangka la plak sudahnya kitaorang sambung Degree kat tempat yang sama (UiTM Lendu), course yang sama,  dok uma yang sama, bilik yang sama, dan masih lagi dok sebelah menyebelah macam kat Segamat dulu kan.

Dan sampai sekarang kiteorang masih berjumpa, tinggal pun dalam kejiranan yang sama. Bila mengimbau kenangan zaman2 belajar tu yang buat nak jumpa dengan kawan2. Insya Allah ada rezeki kite semua akan berkumpul. Aminn mudah mudahan. Mengimbau kembali zaman2 belajar sehingga lah zaman belajar sekarang melalui shot di bawah. Banyak giler perubahan kan kan kan... heheheheh....

Kenangan masa kat UiTM Segamat

Kenangan kat UiTM Melaka

Dan Kami masih bersahabat sehingga sekarang.... nilah geng2 kami.. windu dah lama tak kumpul dan lepak sama-sama macam ni kan geng (^_^)