Saturday, October 29, 2011

Majlis Konvokesyen ke 47 UTM


Sepertimana yang telah dijadualkan, Majlis Konvokesyen yang lalu telah berlangsung dengan jayanya pada 24 - 26 September 2011. Dalam entry yang lepas aku ada menulis serba ringkas mengenai Majlis Konvokesyen. Kalau nak tahu, aku sebenarnya menanggung tugas ini sementara waktu memandangkan 'owner' merangkap Urusetia Majlis Konvokesyen ni iaitu Mr Ayyub (jiran sebelah nilik kat opis) menyambung Masternya. Jadi terpaksalah aku meneruskan perjuangan Ayyub selama 1 tahun setengah ni. Amin mudah mudahan dipermudahkanlah hendaknya.

Ke'bizi'an sebelum hari Majlis Konvokesyen, Majlis Pra Raptai Konvo ke 47

"Rumah ko jauh errr" tanya Zul. "Yelah aku tau la aku tak sempat balik..komited tu.. heheheh". Aku kata.. dalam hati siot jek ko ye. Yelah aku tau aku tak mandi. hehehehe. Malam sebelum majlis Makan Malam Pra Konvokesyen dan Malam Penghargaan Petugas Konvokesyen.. tak sempat balik umahh.

Geng Opis hari Pertama Majlis Konvo 47 UTM

Apa lagi nak citer erkkk. Dah lupa lah. Hehehehe sebab dah sebulan berlalu. Oklah kiter citer lah pengalaman menjadi Urusetia Konvokesyen. Yess!! What am I feel about being as Secreteriat for a big event of University???  Of course la sesuatu yang mencabar tambahan lagi untuk perempuan lah. Tapi atas kepercayaan yang diletakkan aku menyahut la gak cabaran tu even keyakinan tu terlalu nipis tetapi atas kepentingan untuk kelangsungan majlis tu berlangsung, ku gagahi jua..... Dengan adanya dua orang kuat dari Unit Konvokesyen; Din dan Hafiz, alhamdullilah aku berjaya la melalui stage sebelum berlangsungnya majlis tersebut. Ni belum sampai majlis ni... No no no no... hehehehe..

With tukang taip skrip.. tenkiu dak Mimie

En Din 'Air Batu' Staf Konvo yang komited. Mekacey En Din

Semasa majlis berlangsung la paling kritikal, tapi alhamdullilah sebab Ayyub terbuka hati untuk sesama membantu menjadi Urusetia untuk sesi 1. Untuk sesi yang seterusnya i need to stand alone. Namun dengan adanya orang kuat Konvo beserta dengan JKK induk yang lain untuk 5 sesi yang seterusnya telah berjalan dengan lancar (sebenarnya ada gak sesi yang terkantoi dan macam-macam hal lah tapi tak ketara sangat lah.. itu anggapan aku lah. Orang lain aku tak tahu)

Last session for the day of 47th Convocation.



En Azri yang suka bergambar.. Tokey JKK Pentas yang berjaya

Bersama JKK Pentas dan JKK Pakaian yang banyak bantu 

Bersama Cik Fara Geng Uda dan En Din

Fuhhh !! Seronok giler bile da settle. Kelegaan yang amat.. Kan kawan kawan.. dan sampai jumpa lagi next konvo