Thursday, July 14, 2011

Mengupas Yang Tersirat dalam Lagu " Suci Dalam Debu"

Dalam dok membaca blog dari blogger ni, aku terbaca satu entry yang menarik. Mengupas yang tersirat disebalik yang tersurat di dalam Lagu Suci Dalam Debu. 


Jom kita baca dan selusuri maksud yang cuba disampaikan dalam lagu tu. Begitu mendalam sekali. Lagu ni dinyanyikan oleh Kumpulan Iklim


"SUCI DALAM DEBU"


Engkau bagai air yang jernih (Islam adalah suci dan jernih)
Di dalam bekas yang berdebu (didalam kehidupan dunia yang penuh muslihat)
Zahirnya kotoran itu terlihat (yang batil tetap kelihatan jelas dan menjadi kebiasaan)
Kesucian terlindung jua (yang benar dipandang asing dan terpinggir)

Cinta bukan hanya di mata (Pandngan mata itu tidak penting)
Cinta hadir di dalam jiwa (yang penting itu iman di dada)
Biarlah salah di mata mereka (biarkan siapa yang tidak memahami untuk mengata)
Biar perbezaan terlihat antara kita (yang benar itu perlu ditegakkan)

Kuharapkan kau kan terima (Aku harap kau juga bersetuju dengan Islam)
Walau dipandang hina (walau orang memandang kita sebelah mata)
Namun hakikat cinta kita (yang penting cinta kita terhadap Allah)
Kita yang rasa (kita lebih mengetahuinya)

Suatu hari nanti (hari Pembalasan nanti)
Pastikan bercahaya (yang benar akan terserlah)
Pintu akan terbuka (pintu-pintu Syurga dan nikmat akan terbuka)
Kita langkah bersama (insyaAllah kita yakni orang-orang yang digelar asing akan memasukinya)

Di situ kita lihat (didalam Syurga kita akan melihat janji-janji Allah itu)
Bersinarlah hakikat (terbukti benarlah segala janji-janji Allah didalam kitabNya)
Debu jadi permata (Muslim yang dipandang hina didunia akan menjadi orang yang paling beruntung)
Hina jadi mulia (segala ujian didunia akan terbalas dengan nikmat yang tak terjangka di Syurga)

Bukan khayalan yang aku berikan (Janji-janji Allah dan Rasulnya itu bukan omong-omong kosong)
Tapi keyakinan yang nyata (ia adalah untuk orang-orang yang beriman akan hari Akhirat)
Kerana cinta lautan berapi (Iman itu memberi kekuatan yang luarbiasa kepada orang beriman)
Pasti akan kurenang jua (semua halangan dan ujian untuk menegakkan kalimah Syahadah akan ditempuhi)
 

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=531241.html



Wednesday, July 13, 2011

Satu: Bengkel Fail Meja dan MPK BPA di Pelangi Balau Resort


Bengkel Fail Meja dan MPK Bahagian Pengurusan Akademik



Yahoooo tercapai suda KPI tahun ni. Coz at my opis, everyone have their own KPI. So, KPI aku adalah melaksanakan Bengkel ni. Pada 17-19 Jun 2011 yang lalu, kitaorang telah berbengkel di Pelangi Balau Resort yang letaknya di Kota Tinggi dan tak jauh dari Desaru.. Tadaaaa.. ni lah tempatnya..


Papan tanda menuju ke Pelangi Balau Resort


Sepatutnya bengkel tu disertai oleh sume staf di opis aku tapi disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, hanya 29 orang daripada 38 orang staf aku yang dapat menyertai bengkel tu. Biasalah memasing ada alasan tersendiri. Jadi terima jek alasan dorang tu sume. 


Unit Unit Pentadbiran ditugaskan sebagai Urusetia, jadi kami kenalah datang awal sikit untuk buat persiapan bengkel. Aku kena ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua staf Unit Pentadbiran di atas komitmen memasing terutamanya Kak Lin sebab banyak membantu menjayakan bengkel ni.


Bengkel ni dibuat sbb apa tau.. hehehheeh.. sbb MPK opis kitaorang hilang. Huhuuhuh.. Ntah mana lak diletak pun aku tak tau. Tapi dengan adanya bengkel yang sebegini selain dari objektif utama sebenarnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf. Nanti korang tengok ye gambar2 yang aku upload tu. Susah nak dapat that kind of moment... itu la orang kata saat terindah..


Ketibaan Peserta dan Sesi Pendaftaran





Sesi Bergambar

Jom Kite Minum .. Petang

Semasa Bengkel diadakan

Wajah-wajah BPA

Sesi Riadah Bersama - "aku pun nak main gelungsur ni"

Jom Kite Ronda...

Nilah dia Kumpulan "BPA's Jambatan Girl" shantek kan kitaorang ni. hehehe


Bersiar-siar Time

Cantekkk.. panorama nye.. Cikna pun Cantekk gak .. hahahahaha

Aksi-aksi bebas.. sori Wid sekiranya terbeban dgn gaya ni.. memang empuk


BPA's geng memang best...

Inilah jadinye sebab sgambar banyak sgt. Jadilah ianya versi edited. Gambar edited by Nuriel dan juga aku. Hehehee tenkiu ye Cik Nuril for the editing dan yang paling penting merangkap kitaorng nye photographer.. Betul tak aku kata suasana macam ini hanya datang sekali sekala sahaja. kan.kan kan. Hanya terungkap melalui gambar-gambar ni .

Weekend Yang Takde Ertinye..

Hari minggu biasanye orang akan berehat, santai-santai, dan dapat bangun lambat. Kan! Kan! Kan. Korang nak tau aku ni, dah 4 minggu kerja berturut-turut. Uik OMG!!! Syabas ye Cikna. You are Superwoman. (^_^) (^_^). Aku listingkan untuk korang ye.


Satu:    17 hingga 19 Jun 2011 Bengkel Fail Meja dan MPK kat Kota Tinggi
Dua:     24 hingga 26 Jun 2011 Kursus Motivasi kat Lenggeng
Tiga:    02 hingga 03 Julai 2011 Kejohanan Golf IPTA Palm Resort dan IOI Kulai
Empat: 10 Julai 2011 Pentaulihan SUKSIS IPTA 


Tulah dia. Penat tu memang penat, tapi setiap aktiviti tu pasti akan meninggalkan momen yang terindah. Pastu minggu ni lak da planning nak pergi piknik kat Bekok. Ok yang ni aku suka, tak kesah la kena sacrify hujung minggu pun. 


Nanti aku update sesatu ye tapi untuk next entry la... babaiii mata dah letih ni.. macam nak take five japp.. Bubye koranggg

Tuesday, July 12, 2011

Tribute to - Pn Mazita, Pn. Zuraidah, En Zainuddin & En Minhat

Hari ini 13 Julai 2011 jam 10.00 pagi, Pn. Mazita akan menjalani pembedahan untuk membuang cist. Sama-sama la kita doakan Pn Mazita selamat menjalani pembedahan. Harapnya Kak ita tabah untuk menghadapinya. " Kak Ita be brave ye". Kami semua doakan keselamatan Kak Ita. We Luv U



Dengar-dengar cerita gak, kemungkinan besar Din pun akan menjalani pembedahan disebabkan resdung. Adoiii menakutkan tu.. Sebab aku pun ada resdung gak ni. Hari ni pun dia cuti sakit. "Din, kami semua doakan ko cepat sembuh k.


Dan beberapa minggu yang lepas, 2 orang staf aku telah kehilangan orang yang tersayang. Minhat dan Zuraidah telah kehilangan ibu yang tersayang. Ibu Minhat telah kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2011. Manakala ibu Zuraidah pula pada 4 Julai 2011. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh kedua-duanya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnnnnn..

Minhat..

Zuraidah (paling kanan)



Captures of Moment - Sekitar Majlis Perkahwinan Adik

Macam adah agak lambat kan untuk update gambar-gambar majlis tu. Pengantin pun bukan pengantin baru lagi. (^_^) Pengantin da basi da.. Tapi takpe la. Jom kite tengok gambar- gambar nye. (Terlalu banyak sangat gambar cuma pilih beberapa keping jelah). Dan yang ter"tidak" disangka adalah pertemuan dengan keluarga abang angkat aku dulu. Dulu2 kan ada program anak angkat dari universiti tempatan. Tapi aku da tak ingat la abang angkat aku tu dari mana.


Dia pun dah ada 6 orang anak. Memang tak sangka betul la dapat jumpa balik. Pertemuan semula la ni. Heheheh JEJAK KASIH..


Yang baju kuning tu lah anak angkat keluarga kami. Aku pun sibuk menempel sekali.

Miss Photographer. Tenkiu my anak2 sedara 

 Kat masjid untuk majlis akad nikah

 Pengantin dan pengapitnya





Pengantin lama pun nak bergambar atas pelamin gak. Ni abang n kak ipar aku. Orang kuat majlis 


 Bersama kakak, kakak2 ipar dan anak buah

Outdoor session - kat tepi umah jek..hehehe

Majlis bertandang ke rumah lelaki - majlis yang simple sangat.. tapi makan memang beshhh


Majlis meraikan pengantin kat umah abang aku kat KB. Barbekue. Dan yang paling penting KEK nye disponsor oleh CikNa ye.

Seronok kan sekali sekala jumpa..